Wednesday, 30 March 2016
Pengembangan Multiliterasi yang Berperspektif Gender di Era MEA (Masyarakat Ekonomi ASEAN)
07:02
No comments
Universitas Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (UHAMKA), Jakarta Timur Indonesia kan menganjurkan satu seminar antarabangsa yang bertemakan Pengembangan Multiliterasi yang Berperspektif Gender di Era MEA (Masyarakat Ekonomi ASEAN) pada 27-28 April 2016. Sehubungan itu Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas akan menghantar dua kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar tersebut. Butiran lengkap kertas kerja tersebut adalah seperti berikut:
Tajuk 1: Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru PraPISMPIPG Kampus Ilmu Khas.
Penyelidik: Syed Ismail Syed Mustapa PhD, Ahmad Subki Miskon dan Noor Fitriyati Abdul Samad
Abstract
This study aims to review the use of mobile
learning among student teachers of Pre Bachelor of Education (PPISMP) of
Teacher Education Institute Special Knowledge Campus, Kuala Lumpur for June
2015 cohort. The study was administered
to over 136 student teachers who are
from the options of Special Education in
Hearing Disability , Special Education
in Visual Impairment, Music
Education, Art and Visual Education, Physical and Health Education, and English
Language. The study was conducted in quantitative approach by using
questionnaire as the main reference. The study also found that student
teachers’ readiness towards the use of mobile learning for learning are at a
high level with a mean of 3.93 ( sd = 1.26) .
Besides that the findings also indicate that the level of
appropriateness in the use of mobile
learning to student teachers’ learning
purposes are at the high level with the mean of 3.96 ( sd = .55 ). Furthermore, this study also shows that the
level of acceptance among the student teachers towards the use mobile learning
for learning purposes are also are at a high level with a mean of 3.78 (sd =
.54). Thus, it is recommended that
student teachers use mobile learning in
their learning. The lecturers are also
encouraged to give more assignments that require student teachers to find
materials through mobile learning. All parties involved in the teaching and
learning at the Teacher Education Institute should accept the culture of
learning through mobile learning as a part of transformation of teaching
nowadays.
Literasi 2: Nilai Pendidikan dalam Pengurusan Sekolah Menengah.
Penyelidik: Mohd Khamdani Sairi PhD, Amiruddin Zainuddin dan Mokhtar Ahmad
Abstract
This case study was a qualitative study which aimed to
identify the literacy of public service
values in school management. Four school
principals were selected in this study . This qualitative study used continuous
comparative methods to analyze the data.Data was obtained by using in-depth
interviews , direct observation and document analysis . The selection of the
participants was based on sampling in order to gain a deepand detailed
understanding of the studied phenomena.The process of analysis and data
collection is carried out simultaneously and continuously until the data
reaches the level of saturation . The data analysis was done by comparing and
relating concepts and categories that emerged from the data collected by using
continuous comparative methods to acquire the basic building model.Program
NVivo 2.0 was applied to help in managing , analyzing and interpreting the data
systematically and effectively . The study found that the school principals
were aware of the importance of public service values in schools in enhancing
the school organization management.This
can be demonstrated through the implementation of the program conducted with
the teachers and students . The school principals were also aware of the
importance of these values through the courses attended . Besides that , the findings also showed that
the school principals have also used this approach to maintain positive
practices through giving awards to the members of the organization. In
addition, this study also found that the
school principals have applied the
implementation of administrative procedures , desk files and circular. School principals also used Fiedler’s
contingency leadership , behaviour
contingency and contingency routes behavior as well as cultivating value
approach in inculcating these values.The findings also showed
that school principals as leaders wererole models to their subordinates in enhancing the performance of the organization and use
their positions to influence the employees to inculcate values .The findings revealed
that cultivating value approach is important because it can influence on how
people behave , give directions on behavior and provide guidelines for
selecting the desired behavior . Finally, this study has produced a cultivating
public service values approach and manual in the school organization
management.
Tuesday, 29 March 2016
MODERASI KERJA KURSUS
18:56
No comments
Semester Satu 2016 melangkah penuh bergaya melangkau tiga purnama. Kesibukan warga jabatan semakin terasa. Waktu ini aktiviti moderasi Kerja Kursus telah bermula.
- GPP 1063 Pengantar Pengajian Perofesional 25 Mac 2016.
- EDU 3073 Bimbiingan dan Kaunseling 28 Mac 2016,
- EDU 3063 Budaya Dan Pembelajaran 29 Mac 2016.
- EDU 3033 Murid dan Pembelajaran 31 Mac 2016.
Sunday, 27 March 2016
When Timeless is Trendy: Professional Development for 21 st Century Teaching:
09:04
No comments
LKS Jabatan
When Timeless is Trendy: Professional Development for 21 st Century Teaching: Telah dilaksanakan pada 23-24 MAC 2016.
When Timeless is Trendy: Professional Development for 21 st Century Teaching: Telah dilaksanakan pada 23-24 MAC 2016.
Masa: 800 pagi
-400 petang
bertempat di Bilik
Recital, Blok Muzik, IPGKIK.
Ceramah telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan dari UPM Serdang Dr. Zoharah Binti OmarBENGKEL PEDAGOGI INKLUSIF II
08:04
No comments
Bengkel ini dianjurkan oleh PPD Klang dan SK Bukit Rimau. Seramai 30 orang guru dari Daerah Klang yang menghadiri kursus ini. Kursusu ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada para peserta berkenaan dengan kepentingan pedagogi inklusif.
Dengan jasa baik guru besar sekolah tersebut, beliau membenarkan kami melaksanakan satu sesi pengajaran mikro. Sampel kelas yang dipilih terdiri daripada kelas perdana yang mempunyai beberapa orang murid berkeperluan khas.
Peserta kursus memberi maklum balas yang positif.
Perkara : Kursus Modul Latihan Pedagogi Inklusif
Tempat : SK Bukit Rimau, Shah Alam
Tarikh: 8-9 Mac 2016


BENGKEL PEDAGOGI INKLUSIF l
07:46
No comments
Kursus Modul Latihan Pedagogi Inklusif Siri 1
Jabatan Ilmu Pendidikan bekerja sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat untuk menganjurkan kursus ini. Seramai 25 orang guru dari daerah ini telah mengambil bahagian. Peserta kursus dipilih berdasarkan kriteria ada pengalaman mengajar muird-murid peribumi dan murid berkeperluan khas.
Tarikh : 2-3 Mac 2016
Masa : 8.30 pagi – 4.30 tgh
Tempat : Dewan Dato’ Razali Ismail


Sunday, 24 January 2016
INKUIRI SEJARAH
09:09
No comments
INKUIRI SEJARAH
(Oleh : Mohd On b Ahmad)
Di dalam bilik darjah, kaedah pengajaran sejarah diharapkan dapat meluaskan horizon intelektual, sosial, moral dan kerohanian murid-murid. Justeru kaedah itu perlulah menggalakkan murid berfikir, menyiasat, berbincang, menyelidik, mencungkil aspek-aspek yang tersirat dalam sejarah yang dipelajari. Pengetahuan sejarah perlulah dipelajari dengan menggunakan kaedah yang mencabar daya intelektual pelajar dan menggalakkan mereka berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cara menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan sejarah yang mereka pelajari.
Kebolehan intelektual seperti berhujah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah dapat dibentuk melalui pendidikan sejarah. Pengajaran sejarah yang berkesan melibatkan operasi mental yang aktif. Pemikiran bercorak induktif dan deduktif menggalakkan daya taakulan yang dapat mengembangkan pemikiran. Pemimpin-pemimpin yang baik dan mempunyai karisme yang tinggi mempunyai asas intelektual yang cemerlang dan mementingkan pemikiran sejarah dalam menentukan haluan pembangunan bangsa dan negara. (Abd. Rahim 1989)
Kaedah ini membolehkan pelajar mendapatkan jawapan dengan usaha sendiri. Kaedah ini menyediakan peluang bagi pelajar memperkembang aras kognitif yang tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian. Pelajar juga boleh membuat andaian daripada data-data dengan pemikiran logikal sama ada induktif atau deduktif. Pembelajaran secara inkuiri juga menggalakkan pemikiran intuitif (Jaizah Mahamud, 2001)
Menurut Arends (1994) dalam bukunya Learning to Teach, pengajaran inkuiri dan pengajaran discovery (penemuan) digunakan untuk membantu pelajar belajar berfikir. Kaedah inkuiri-penemuan merupakan model dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam bidang sains sosial, khususnya dalam mata pelajaran sejarah. Ahli sejarah terkenal seperti Collingwood, Marwick dan Barraclough dalam penulisan mereka menekankan pentingnya penggunaan kaedah inkuiri-penemuan untuk mengembangkan berbagai-bagai kemahiran mempelajari sejarah. Melalui penggunaan kaedah ini ahli sejarah telah berjaya mencungkil, mengolah dan mengembangkan disiplin sejarah sebagai suatu disiplin yang lebih saintifik dan objektif (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1998).
Arends (1994) selanjutnya menjelaskan bahawa melalui pengajaran inkuiri pelajar akan mempelajari cara menjana idea melalui soalan-soalan, kemudian mendapatkan jawapan atau memecahkan masalah tentang perkara yang ingin diketahui. Akhirnya mereka membina idea atau teori sendiri berdasarkan penemuan baru yang diperoleh. Dalam proses penemuan itu pelajar memperoleh pengalaman dan keyakinan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dan masalah-masalah yang mereka minati atau perkara yang perlu diselesaikan. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1998), kaedah inkuiri dalam pendidikan sejarah melibatkan kemahiran pemikiran aras tinggi (higher order thinking skills), iaitu perlu menguasai ilmu dengan menggunakan pemikiran, dapat memahami dan dapat mengaplikasikan pengetahuan sejarah kepada situasi baru. Dalam ertikata lain sejarah boleh digunakan sebagai satu rangka penyelesaian masalah.
Selanjutnya Arends (1994) menyatakan strategi pengajaran yang disebut sebagai kaedah dapatan, latihan inkuiri, atau pengajaran induktif telah lama dikenali. Kaedah-kaedah ini merupakan pengaruh daripada kaedah Socratic yang menekankan perbahasan secara induktif dan dialog dalam proses pengajaran yang dilabelkan sebagai ‘pemikiran reflektif’ oleh Dewey (1933). Bruner (1966) memberi penekanan pentingnya pembelajaran penemuan dan bagaimana guru boleh membantu pelajar menjadi ‘constructionist’ atau pembina pengetahuan sendiri.
Kaedah inkuiri juga memerlukan pelajar belajar melalui penyiasatan dan mengembangkan kemahiran menyelidik dan tidak menerima dan membuat sesuatu andaian atau hipotesis melulu tanpa asas inkuiri. Sifat kaedah sejarah yang amat berbeza daripada disiplin lain memerlukan pendekatan pengajaran-pembelajaran inkuiri dikembangkan kepada pelajar. Pendekatan ini juga boleh mendedahkan pelajar kepada sifat sejarah dan bukti-bukti sejarah yang difahami dengan lebih berkesan (Marwick, 1989). Pelajar akan dapat membina kuasa berfikir mereka dengan cara menyelidik dan mentafsir data dan fakta-fakta sejarah yang diperolehi. Dengan menggunakan fakta-fakta dan bukti-bukti sejarah, pelajar dapat menyokong hujah-hujah, membuat analisis, membuat interpretasi, membuat kesimpulan yang konkrit dan membuat perbandingan serta berkemampuan untuk menyangkal fakta-fakta sejarah yang tidak betul dan bersifat propaganda. Bagaimanapun pembelajaran sejarah yang terlampau terikat dengan buku teks menimbulkan kesulitan dari segi penggunaan kaedah inkuiri.
Kaedah inkuiri melibatkan aktiviti pembelajaran seperti membuat pemerhatian, penyiasatan, kerja lapangan, kajian bahan dokumen, artifek dan segala bentuk tinggalan sejarah yang mempunyai nilai-nilai sejarah yang penting. Guru sejarah yang terlatih dalam bidang ini perlu membimbing pelajar mengenai teknik dan cara menjalankan inkuiri supaya pembelajaran yang berkesan dapat dikembangkan kepada pelajar.
Inkuiri adalah proses mencari. Kaedah ini amat sesuai dalam pembelajaran sejarah, kerana ianya amat sesuai dengan sifat tabii belajar bagi membolehkan seseorang melakukan pencarian dan penemuan. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan pembelajaran reflektif yang boleh mencorakkan seseorang pelajar bersifat kritikal dan analitikal. Teknik penyoalan yang dapat digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran sejarah boleh meluaskan intelektual sebagai suatu inkuiri yang dapat menajamkan minda pelajar (Abd. Rahim, 1998).
Menurut Furet, (1983), oleh kerana Sejarah adalah satu ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari masa ke semasa, pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya memberi penekanan kepada proses penyiasatan dan penemuan. Sebolehnya guru harus mengelakkan penggunaan kaedah yang menuntut guru menyampaikan fakta sebanyak mungkin kepada pelajar.
Wednesday, 20 January 2016
Sejenak Bersama Pn. Che Mah Yusof
08:02
No comments
Tarikah 8 Januari 2016 menjadi nokhtah terakhir perkhidmatan Pn. Hjh. Che Mah Yusof bertugas di IPG Kampus Ilmu Khas dan JIP khususnya. Beliau telah bertugas di IPGKIK selama 13 tahun bermula pada Julai 2002 hingga 31 Disember 2015. Mulai 4 Januari 2016 beliau mula bertugas di IPG Kampus Bahasa Antara Bangsa. Sempena perpisahan ini beliau telah menaja jamuan makan tengahari untuk warga JIP. Sebagai tanda kasih mesra KJ JIP En. Mohd On Ahmad mewakili warga JIP telah menyampaikan cendrahati kepada yang diraikan. Terima kasih Pn Che Mah rentak tarimu di JIP menjadi kenangan sepanjang musim lalu. selamat Berbahagi di tempat baharu.




















