Monday, 7 July 2014

Kolaborasi JIP IPG KIK bersama UPI

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN AKADEMIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS(JIP IPGKIK) dan  FAKULTAS ILMU PENDIDIKAN, UNIVERSITAS PENDIDIKAN INDONESIA (UPU) telah menandatangani satu nota persefahaman bersama pada 7hb. Mei 2014 seramai 22 orang pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas diketuai oleh Ketua Jabatan En. Mohd On bin Ahmad telah berkunjung ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) Bandung dalam usaha untuk menjalin kerjasama dalam bidang akademik. Kehadiran kami telah diberi sambutan yang sangat mesra oleh pihak universitas. Awal ketibaan kami disambut dengan persembahan angklung oleh pelajar-pelajar jurusan muzik universitas tersebut. Kami seterusnya dialu-alukan dalam satu majlis oleh Dekan Fakultas Ilmu Pendidikan Prof. Dr. Ahman, M.Pd. dengan mengalu-alukan kehadiran rombongan kami dan memperkenalkan barisan pensyarahnya. Seterusnya beliau memberi taklimat berkaitan struktur kurikulum dan pelaksanaan latihan perguruan di UPI. Kemudian disusuli dengan taklimat struktur kurikulum dan perlaksanaan latihan guru di IPGKIK oleh Pn. Rafidah bt. Ruhani. Selesai sesi taklimat, sesi soal jawab di antara kedua-dua pihak dijalankan untuk mendapatkan pencerahan pelaksanaan latihan perguruan. Seterusnya upacara menandatangani NOTA KOLABORATIF oleh kedua-dua pihak. Kami JUGA dibawa melawat ke beberapa bilik khas seperti bilik Pendidikan Khas tuna lihat, bilik Micro Teaching dan beberapa bilik berkaitan pembelajaran dan pengajaran
.

Related Posts:

  • Majlis Graduasi Murid Pra-SekolahPada 9 Oktober 2015, majlis graduasi bagi pelajar-pelajar pra-sekolah telah diadakan di Dewan Dato' Razali Ismail.  Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid-murid pra-sekolah yang telah menamatkan persekolahan mereka di… Read More
  • Peristiwa meniti Kehujung 2015Pahit manis sembilu duka, sepanjang 2015 berlalu bersama senyuman kelmarin. Pelbagai aktiviti warga JIP tersurat menambah lembaran sejarah mencatat harumnya JIP. ....... "Klik pautan di bawah untuk laporan aktiviti 2015" 1.… Read More
  • Sukan Pra-SekolahMenjadi tradisi pra-sekolah Bestari IPG Kampus Ilmu Khas mengadakan sukan setiap hujung tahun persekolahan.  Tahun ini pada 31 Oktober 2015 sukan pra-sekolah telah dijalankan di dalam Gimnasium di blok Pendidikan Jasmani… Read More
  • Sejenak Bersama Pn. Che Mah Yusof Tarikah 8 Januari 2016  menjadi nokhtah terakhir perkhidmatan Pn. Hjh. Che Mah Yusof bertugas di IPG Kampus Ilmu Khas dan JIP khususnya.  Beliau telah bertugas di IPGKIK selama 13 tahun bermula pada Julai 2002 hin… Read More
  • BENGKEL PEDAGOGI INKLUSIF lKursus Modul Latihan Pedagogi Inklusif Siri 1 Jabatan Ilmu Pendidikan bekerja sama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat untuk menganjurkan kursus ini. Seramai 25 orang guru dari daerah ini telah mengambil bahagian. … Read More

0 comments:

Post a Comment