Wednesday, 28 January 2015

BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF PELAJAR SEMESTER 7 TAHUN 2015

LAPORAN
 


BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF
PELAJAR SEMESTER 7 TAHUN 2015
22 JANUARI 2015
ANJURAN:
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS ILMU KHAS
                     


Pengenalan

Bengkel Pendidikan Inklusif ini adalah bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para guru pelatih tahun akhir di IPG Kampus Ilmu Khas tentang perlaksanaan dan cara-cara menguruskan pendidikan inklusif di sekolah kelak. Hal ini selari dengan Bab 4 yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana menyatakan murid berkeperluan khas didaftarkan di dalam salah satu program pendidikan khas di sekolah iaitu program pendidikan inklusif iaitu mengintegrasi satu hingga lima murid bekeperluan khas di dalam kelas arus perdana.

Objektif
1.    Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih dalam menguruskan dan melaksanakan strategi PdP dalam bilik darjah inklusif.
2.    Memberikan kesedaran kepada para guru pelatih tentang hak sama rata rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan bekeperluan khas dalam mendapat peluang pendidikan.  
3.    Mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru pelatih dalam merancang penggunaan kaedah –kaedah yang sesuai untuk kelas inklusif.
4.    Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dalam bidang pendidikan kelas inklusif di sekolah.

Maklamat Umum
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut butiran berikut :

Tarikh             : 22 Januari 2015
Tempat           : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Masa              : 8.30 pagi – 4.30 petang
Peserta          : 146 orang guru pelatih semester 7 dan semua pensyarah Jabatan   Ilmu Pendidikan
                         
Pengisian program

Program ini dilaksanakan sendiri oleh pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas dengan pertolongan penceramah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Wan Nomi binti Wan Omar yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan kelas inklusif di Malaysia. Program ini derasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Roziah binti Abdullah di mana dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang pengertian kelas inklusif kepada para guru pelatih semester 7 yang hadir pada program tersebut.
Program diteruskan dengan pembentangan pengenalan dan penubuhan Kelas Inklusif yang mengikut dasar – dasar yang telah ditetapkan oleh UNESCO dan juga akta – akta lain yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu En Mohd On bin Ahmad. Sesi selama satu jam setengah tersebut dipenuhi dengan sesi soal jawab bersama peserta mengenai maksud kelas inklusif dan perbezaannya dengan kelas pendidikan khas.
Sesi dua dan tiga diambil alih oleh penceramah jemputan iaitu Pn Wan Nomi binti Wan Omar dimana isi – isi penting beliau di dalam kedua-dua slot beliau ialah berkaitan perkongsian teknik pengajaran murid masalah pembelajaran dan strategi – strategi pengurusan bilik darjah inklusif. Beliau menunjukkan demo dan juga praktikal ringkas yang sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas kepada para guru pelatih tentang bagaimana rupa sebenar berhadapan dengan murid – murid berkeperluan khas ini terutamanya kepada guru pelatih yang bukan opsyen pendidikan khas. Program ini dilihat sebagai satu wadah yang baik untuk menyampaikan mesej dan juga input yang berguna dan boleh diamalkan di sekolah kelak.

Bahan lampiran

1.    Gambar sepanjang program.



2.    Senarai nama guru pelatih semester 7 IPG Kampus Ilmu Khas.



Disediakan oleh,



( HAZIQ AMZAR BIN BASRI )

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment