Wednesday, 28 January 2015
BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF PELAJAR SEMESTER 7 TAHUN 2015
20:21
No comments
LAPORAN
BENGKEL
PENDIDIKAN INKLUSIF
PELAJAR
SEMESTER 7 TAHUN 2015
22
JANUARI 2015
ANJURAN:
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG
KAMPUS ILMU KHAS
Pengenalan
Bengkel Pendidikan Inklusif ini adalah
bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para guru pelatih tahun akhir di
IPG Kampus Ilmu Khas tentang perlaksanaan dan cara-cara menguruskan pendidikan
inklusif di sekolah kelak. Hal ini selari dengan Bab 4 yang terdapat dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana menyatakan murid berkeperluan khas
didaftarkan di dalam salah satu program pendidikan khas di sekolah iaitu
program pendidikan inklusif iaitu mengintegrasi satu hingga lima murid
bekeperluan khas di dalam kelas arus perdana.
Objektif
1.
Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru
pelatih dalam menguruskan dan melaksanakan strategi PdP dalam bilik darjah
inklusif.
2.
Memberikan kesedaran kepada para guru pelatih
tentang hak sama rata rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan
bekeperluan khas dalam mendapat peluang pendidikan.
3.
Mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam
kalangan guru pelatih dalam merancang penggunaan kaedah –kaedah yang sesuai
untuk kelas inklusif.
4.
Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran guru pelatih dalam bidang pendidikan kelas inklusif di sekolah.
Maklamat Umum
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya
mengikut butiran berikut :
Tarikh :
22 Januari 2015
Tempat :
Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Masa :
8.30 pagi – 4.30 petang
Peserta :
146 orang guru pelatih semester 7 dan semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
Pengisian
program
Program ini dilaksanakan sendiri oleh
pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas dengan pertolongan
penceramah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Wan Nomi binti Wan
Omar yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan kelas inklusif di
Malaysia. Program ini derasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas,
Dr Roziah binti Abdullah di mana dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang
pengertian kelas inklusif kepada para guru pelatih semester 7 yang hadir pada
program tersebut.
Program diteruskan dengan pembentangan
pengenalan dan penubuhan Kelas Inklusif yang mengikut dasar – dasar yang telah
ditetapkan oleh UNESCO dan juga akta – akta lain yang disampaikan oleh Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu En Mohd On bin Ahmad. Sesi selama satu jam
setengah tersebut dipenuhi dengan sesi soal jawab bersama peserta mengenai
maksud kelas inklusif dan perbezaannya dengan kelas pendidikan khas.
Sesi dua dan tiga diambil alih oleh
penceramah jemputan iaitu Pn Wan Nomi binti Wan Omar dimana isi – isi penting
beliau di dalam kedua-dua slot beliau ialah berkaitan perkongsian teknik
pengajaran murid masalah pembelajaran dan strategi – strategi pengurusan bilik
darjah inklusif. Beliau menunjukkan demo dan juga praktikal ringkas yang
sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas kepada para guru pelatih tentang
bagaimana rupa sebenar berhadapan dengan murid – murid berkeperluan khas ini
terutamanya kepada guru pelatih yang bukan opsyen pendidikan khas. Program ini
dilihat sebagai satu wadah yang baik untuk menyampaikan mesej dan juga input
yang berguna dan boleh diamalkan di sekolah kelak.
Bahan lampiran
2.
Senarai nama guru pelatih semester 7 IPG
Kampus Ilmu Khas.
Disediakan oleh,
( HAZIQ AMZAR BIN BASRI )
Monday, 19 January 2015
Bengkel Pendidikan Inklusif 2015
16:33
No comments
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Ilmu Pendidikan akan menganjurkan Bengkel Pendidikan Inklusif Pelajar Semester 7 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 Januari 2015
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Semua Pelajar Sem. 7 ( DIWAJIBKAN HADIR).
Sekian , terima kasih.
Monday, 12 January 2015
SELAMAT TAHUN BARU 2015
16:38
No comments
SEMALAM TELAH BERLALU
BERSAMA LEMBARAN SEJARAH SILAM
HARI INI AKU TERJAGA
MEMBAWA NUKILAN BARU........
GEMBIRA .....
SEDIH......
SAYU.......
AKAN BERULANG TIBA MASA TERTENTU
HARAPAN MENGGUNUNG 2015
MELAKAR CITA RASA
MENGAPAI CITA-CITA
TERGAPAI HUJUNG PELANGI....
BERSAMA RIA
DAN HARAPAN BERBARA.....
Wednesday, 17 December 2014
Lawatan Balas UPI ke JIP IPGKIK
21:11
No comments
Lawatan Balas Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia Bandung ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Pada 12 Mei 2014 seramai 50 pelajar dan Pensyarah dari Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung telah mengadakan lawatan akademik ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mendidik dan melatih bakal guru di pusat pengajian masing-masing. Rombongan tiba jam 2.00 petang terus dibawa ke lobi Perpustakaan untuk bergambar beramai-ramai bersama Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah dan KJ Jabatan Ilmu Pendidikan. Selesai bergambar mereka beredar ke Dewan kuliah untuk acara seterusnya. Majlis dimulai dengan taklimat dari Timbalan Pengarah Dr. Roziah bt. Abdullah berkaitan dasar latihan pendidikan kemudian disusuli taklimat oleh En. Amiruddin Zainuddin berkaitan struktur latihan dan kurikulum pendidikan latihan guru di IPGKIK. Seterusnya majlis diteruskan dengan taklimat oleh Prof Dr. Udin Syaefudin Saud, Ph. D. berkaitan struktur dan pelaksanaan program pendidikan perguruan di UPI. Disentuh juga berkaitan perlantikan guru-guru di seluruh Indonesia. UPI melatih semua guru untuk keperluan sekolah rendah dan sekolah menengah. Jumlah kesemua guru di Indonesia adalah seramai 2.6 juta orang (sekolah rendah dan sekolah menengah). Dalam sesi soal jawab, antara perkara yang diutarakan ialah cara pelaksanaan latihan, penempatan guru, kerjaya guru, peluang kenaikan pangkat guru-guru. Semua soalan telah diberi jawapan dengan bernas dan memuaskan hati kedua-dua pihak yang bertanya. Sesi pertukaran cendera hati disempurnakan oleh Dr. Roziah bt. Abdullah kepada Prof Dr. Udin Syaefudin Saud, Ph. D. Rombongan seterusnya dibawa melawat Galeri Seni Tan Seri Rafie Mahat sambil dipersembahkan nyanyian daripada kumpulan muzik PPISMP J2.4. Majlis berakhir dengan jamuan ringan.
Monday, 8 December 2014
LPS JABATAN - JIP
08:10
No comments
SEPANJANG TAHUN 2014 JIP TELAH MELAKSANAKAN BEBERAPA LATIHAN PERKEMBANGAN STAF (LPS) BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT JIP.
LPS INI BERTUJUAN BERKONGSI MAKLUMAT MUTAKHIR DALAM BIDANG
PENDIDIKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KOPENTENSI PENSYARAH-PENSYARAH JIP
LPS INI BERTUJUAN BERKONGSI MAKLUMAT MUTAKHIR DALAM BIDANG
PENDIDIKAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KOPENTENSI PENSYARAH-PENSYARAH JIP











