Warga JIP Bersama-sama Pensyarah-Pensyarah Univesiti Pendidikan Indonesia(UPI)

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 6 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, 20 January 2016

Seketika Bersantai Warga JIP

Pada hari ini seperti tahun lepas warga JIP melupakan sejenak kesibukan di ruang kerja JIP dan kami berkunjung ke hotel Residence untuk menikmati makan tengahari. Sekali-sekala berkumpul secra santai sambil menikmati hidangan tengahari menambah kemesraan dan keakraban bagi warga JIP.  Situasi seperti ini perlu diteruskan untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan warga JIP.

          Detik meriah juga meraikan rakan JIP yang dijangkakan beralih angin ke distinasi baru.  Warga JIP akan merindui Tn. Hj. Dr. Parwazalam bin Abdul Rauf dan Pn. Hjh. Che Mah bt. Yusof yang bakal berhijrah ke tempat baru.   Kami mengirim salam semoga mereka beroleh kebahagiaan didistinisi pilihan masing-masing. - JIP terus akrab - .


Majlis Graduasi Murid Pra-Sekolah

Pada 9 Oktober 2015, majlis graduasi bagi pelajar-pelajar pra-sekolah telah diadakan di Dewan Dato' Razali Ismail.  Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid-murid pra-sekolah yang telah menamatkan persekolahan mereka diperingkat pendidikan prasekolah.  Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini menjadi ispirasi kepada murid-murid ini untuk meneruskan persekolahan diperingkat seterusnya.  Pengarah IPGKIK Dr. Rodziah bt. Abdullah telah menyampaikan sijil-sijil dan cenderahati kepada murid-murid  pra-sekolah yang diraikan. Pra-sekolah terus maju bestari...

Sukan Pra-Sekolah

Menjadi tradisi pra-sekolah Bestari IPG Kampus Ilmu Khas mengadakan sukan setiap hujung tahun persekolahan.  Tahun ini pada 31 Oktober 2015 sukan pra-sekolah telah dijalankan di dalam Gimnasium di blok Pendidikan Jasmani. Sukan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah  Dr. Rodziah bt. Abdullah.

Selamat Jalan En. Chew Chin Chong

Warga JIP mengucapkan selamat jalan kepada En. Chew Chin Chong untuk menyambung pengajian ke pringkat PhD mulai September 20015.  JIP sangat berbangga dengan warganya yang merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat.  Semoga ini dapat menjadi ispirasi kepada rakan-rakan di JIP dan pelajar-pelajar di IPG ini.  Walaubagaimanapun JIP terasa kehilangan seorang warga yang sangat aktif, ceria dan mudah bekerjasama dalam JIP.  Sebagai tanda kasih mesra KJ JIP En. Mohd On Ahmad mewakili warga JIP menyampaikan cendrahati. Kehadiran dan pemergian mu  menjadi nukilan dalam lipatan sejarah jabatan ini.  Selamat maju jaya.















Saturday, 2 January 2016

SEMINAR SERANTAU KE-6 PEDAGOGIK BERKUALITAS


 Klik Pautan di bawah untuk lihat laporan seminar
https://drive.google.com/file/d/0B_x_BjEbhPVrUU1LeHlETTJaQWc/view?usp=sharing


GELERI SEKITAR SEMINAR DI BANDUNG

Tuesday, 29 December 2015

SEMINARA ANTARABANGSA PEDAGOGIK ke-6: ( 15 - 18 September 2015 )


Pengembangan Pedagogik Dari Perspektif Pendidikan Abad 21 dan Kerjasama Komunitas Pendidikan Serantau telah dilaksanakan dengan lancar. Kerjasama kedua-dua pihak yang baik membolehkan seminar ini dapat dilaksanakan dengan penuh semangat ASEAN, mesra dan penuh dengan nilai intelektual. Matlamat seminar telah tercapai. 

Matlamat seminar ini lebih berfokus kepada;
i.   Mencipta budaya akademik dalan lingkungan kawasan serantau
ii.   Menyuburkan semangat silatulrahim akademik dalam komuniti kawasan serantau
iii. Membangunkan konuniti pendidik serantau dalam pelbagai bidang subpedagogik.        
Kemantapan dan kecemerlangan seminar ini dapat dilihat melalui ucaptama dan pembentangan kertas kerja.  Dalam seminar tiga hari ini 5 ucaptama telah disampaikan oleh tokoh-tokoh pendidikan dari negara-negara ASEAN. Antaranya Prof. Furqon (Rektor UPI) dengan tajuk “Peran Pedogogik Dalam Era Masyarakat Ekonomi Asean (MEA) 2015”, Lynne Hill (USAID) “USAID Contribution for Education in Indonesia”, Prof. Dr. H. Sunaryo Kartadinata (Ketua ISPI)   “Peran Pedagogi Dalam Pendidikan Guru”,  En. Mohd On Ahmad (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) “ Cabaran dan Peluang Pendidikan Abad 21”, Dr. Ruslan (Direktur Jisda Colej Thailand) “Tantangan dan Peluang Pendidikan Abad 21 di Thailand Selatan, Dr. Y. Suyitno “Pedogogik Teoritis dan Praktis di Indonesia dan Prof Dr. Shaik Abdul Malik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.   Dalam sidang selari sebanyak 148 artikel telah dibentangkan dari pelbagai universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Fokus kertas kerja yang dibentangkan mencakupi pelbagai bidang pedagogik umum, etnopedagogi, pedagogik praktis, pedagogik kritis, pedagogik bahasa dan pedagogik sosial.
Melalui seminar ini telah menjadi satu lapangan ilmu bagi kedua-dua negara. Ini membolehkan para pengkaji melakukan perkongsian dan berkolaboratif hasil penyelidikan. Impak yang jelas seminar ini mampu membina rangkaian, perkongsian pengalaman dan mengenal pasti amalan pedagogi berkualiti. Pendedahan kepada elemen pendidikan bersifat sejagat dan universial seperti Pendidikan Kedamaian dan konsep warga dunia serta warga Asean. Dengan ini para peserta dan pembentang menyedari bahawa pendidikan yang bersikap setempat kurang sesuai diamalkan apatah lagi dalam era globalisasi.
Seminar ini akan dijadikan seminar tahunan yang akan diadakan secara timbal balik antara Universiti Pendidikan Indonesia dan IPG Kampus Ilmu Khas. Secara langsung dapat membangunkan budaya akademik dalam kalangan pensyarah serta mewujudkan kerjasama serantau dan antarabangsa.      IPG Kampus Ilmu Khas akan menjadi penganjur pada tahun 2017. Oleh itu perancangan awal perlu dilaksanakan mulai tahun 2016. Penubuhan “task force” adalah  perlu bagai merencana spesifikasi fungsi awal. Pengalaman penganjuran seminar yang lepas memberi satu kredit yang baik kepada AJK seminar yang akan ditubuhkan nanti.
Pengendalian majlis sepanjang seminar ini juga lancar termasuk bahagian akomodasi. Penginapan yang disediakan untuk delegasi dari Malaysia di Hotel Travello juga selesa. Para panatia dan ahli jawatankuasa seminar UPI memberi komitmen dan kerjasama yang sangat memuaskan.
Cadangan dan Penambahbaikan Pelaksanaan Seminar
i. Pakej Seminar
Adalah dicadangkan untuk seminar akan datang semua pembentang wajib mengambil pakej yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pembentang yang tidak bersetuju, penganjur berhak untuk menolak permohonannya. Prosedur ini perlu dilakukan bagi memudahkan segala urusan termasuk kewangan oleh penganjur. Di samping memberi keselesaan kepada pembentang sepanjang seminar dilaksanakan. Penganjur juga dicadangkan hanya memberi satu pakej sahaja yang merangkumi bayaran yuran seminar, prosiding, sijil pembentangan, penginapan dan makan minum sepanjang seminar.
ii. Kertas kerja
Penerimaan kertas kerja juga perlu dihadkan. Hanya kertas kerja yang menepati tema dan matlamat seminar sahaja yang diterima. Hanya satu penama sahaja yang akan dicadangkan untuk mendapat kelulusan KSU bagi setiap kertas kerja. Bilangan penulis kertas kerja perlu dihadkan kepada tiga orang sahaja.
iii. Kebenaran Menjalankan Tugas Rasmi
AJK Induk Seminar wajar mendapat kelulusan bertugas rasmi di luar negara oleh KSU. Amalan meminta AJK Induk Seminar memohon Cuti Rehat Khas  (CRK) dianggap kurang bijak. Dicadangkan juga hanya satu pembentang sahaja bagi setiap kertas kerja yang akan dicadangkan untuk mendapat kelulusan bertugas rasmi di luar negara.
iv. Logistik
Berlaku kekeliruan tentang maklumat penginapan disebabkan senarai terbaharu tidak digunakan. Kos tambahan terpaksa ditanggung oleh penganjur. Pengangkutan dari tempat penginapan ke tempat seminar tidak disediakan.  Mesyuarat penyelarasan sekurang-kurangnya 2 kali sebelum seminar bermula perlu diadakan bagi mengemaskini semua maklumat dan menyelaras semua tugas bagi  melicinkan pelaksanaan seminar.

v. Seminar Pedagogik Ke-8
Seminar kali ke-8 ini akan diadakan di Kuala Lumpur. IPG Kampus Ilmu Khas akan menjadi penganjurnya. Dicadangkan AJK Induk perlu ditubuhkan mulai tahun 2016. Lokasi pengelolaan seminar ini akan dibuat di hotel yang akan dipilih oleh AJK Induk.
vi. Komunikasi dan Siaraya
Perlu ada mekanisme bagi memberi menyampaikan maklumat tentang perubahan aturcara serta maklumat terkini semasa perjalanan seminar. Contoh pengembilan prosiding, sijil dan sebagainya. 
Kesimpulannya, kerjasama IPG Kampus Ilmu Khas dengan Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung ini perlu diperluas bukan sahaja  dalam penerbitan jurnal atau penganjuran seminar seperti ini tetapi juga dalam pertukaran pelajar, kolaborasi kepakaran dan penubuhan Majlis Permuafakatan Pendidikan Guru Tinggi  ASEAN.