JIP juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengarah, Tn Timb Pengarah, KJ, KU, pensyarah, staf yang sudi meluangkan masa bersama pelajar kita. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan memeriankan lagi majlis tersebut
Tuesday, 10 March 2015
Sambutan Tahun Baru Cina 2015 di Dewan Dato, Razali Ismail
22:21
No comments
JIP dengan ikhlasnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang memberi sokongan penuh kepada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun ini.
JIP juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengarah, Tn Timb Pengarah, KJ, KU, pensyarah, staf yang sudi meluangkan masa bersama pelajar kita. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan memeriankan lagi majlis tersebut
Dilampirkan beberapa gambar pada majlis tersebut sebagai satu kenangan manis.
Tuesday, 17 February 2015
5 S DI JABATAN ILMU PENDIDIKAN
09:10
No comments
5S DI JABATAN ILMU PENDIDIKAN
Amalan 5S di Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)
Kempen 5S telah bermula sepanjang tahun 2014 hingga 2015. Usaha-usaha telah digerkan agar warga JIP peka dengan program 5S dan seterusnya mengamalkannya dalam melaksanakan tugas harian mereka. AJK5S mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JIP kerana telah memberi kerjasama dengan begitu baik dalam melaksana dan mengamalkan 5S. Semoga suasana ruang kerja menjadi lebih kondusif.
Amalan 5S di Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)
Kempen 5S telah bermula sepanjang tahun 2014 hingga 2015. Usaha-usaha telah digerkan agar warga JIP peka dengan program 5S dan seterusnya mengamalkannya dalam melaksanakan tugas harian mereka. AJK5S mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JIP kerana telah memberi kerjasama dengan begitu baik dalam melaksana dan mengamalkan 5S. Semoga suasana ruang kerja menjadi lebih kondusif.
Sebelum
Selepas
Thursday, 12 February 2015
07:10
No comments
TEMA
“ Pengembangan Pedagogik Dari Perspektif Pendidikan Abad-21 & Kerja Sama Komunitas Pendidik Serantau ”
Tempat:
Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung
Anjuran:
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur bersama Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung.
Latar Belakang Seminar (borang)borang
Seminar Serantau Ke-6 Pedagogik Berkualitas merupakan medan untuk para penyelidik dan pendidik membuat perkongsian hasil penyelidikan keperkembangan pedagogik dari perspektif pendidikan abad ke -21. Kerja sama IPGKIK dan UPI menganjurkan seminar ini adalah tepat pada abad-21 kerana seminar ini dapat menjana pelbagai idea pedagogik yang berkualiti demi menangani cabaran-cabaran dalam pendidikan terutamanya aspek pedagogikal di samping meningkatkan kecemerlangan pendidikan terutama dalam bidang pedagogik serantau.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila layarai : http://jipkhas.blogsport.com
Monday, 9 February 2015
Wednesday, 28 January 2015
BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF PELAJAR SEMESTER 7 TAHUN 2015
20:21
No comments
LAPORAN
BENGKEL
PENDIDIKAN INKLUSIF
PELAJAR
SEMESTER 7 TAHUN 2015
22
JANUARI 2015
ANJURAN:
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG
KAMPUS ILMU KHAS
Pengenalan
Bengkel Pendidikan Inklusif ini adalah
bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para guru pelatih tahun akhir di
IPG Kampus Ilmu Khas tentang perlaksanaan dan cara-cara menguruskan pendidikan
inklusif di sekolah kelak. Hal ini selari dengan Bab 4 yang terdapat dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana menyatakan murid berkeperluan khas
didaftarkan di dalam salah satu program pendidikan khas di sekolah iaitu
program pendidikan inklusif iaitu mengintegrasi satu hingga lima murid
bekeperluan khas di dalam kelas arus perdana.
Objektif
1.
Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru
pelatih dalam menguruskan dan melaksanakan strategi PdP dalam bilik darjah
inklusif.
2.
Memberikan kesedaran kepada para guru pelatih
tentang hak sama rata rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan
bekeperluan khas dalam mendapat peluang pendidikan.
3.
Mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam
kalangan guru pelatih dalam merancang penggunaan kaedah –kaedah yang sesuai
untuk kelas inklusif.
4.
Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran guru pelatih dalam bidang pendidikan kelas inklusif di sekolah.
Maklamat Umum
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya
mengikut butiran berikut :
Tarikh :
22 Januari 2015
Tempat :
Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Masa :
8.30 pagi – 4.30 petang
Peserta :
146 orang guru pelatih semester 7 dan semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
Pengisian
program
Program ini dilaksanakan sendiri oleh
pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas dengan pertolongan
penceramah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Wan Nomi binti Wan
Omar yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan kelas inklusif di
Malaysia. Program ini derasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas,
Dr Roziah binti Abdullah di mana dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang
pengertian kelas inklusif kepada para guru pelatih semester 7 yang hadir pada
program tersebut.
Program diteruskan dengan pembentangan
pengenalan dan penubuhan Kelas Inklusif yang mengikut dasar – dasar yang telah
ditetapkan oleh UNESCO dan juga akta – akta lain yang disampaikan oleh Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu En Mohd On bin Ahmad. Sesi selama satu jam
setengah tersebut dipenuhi dengan sesi soal jawab bersama peserta mengenai
maksud kelas inklusif dan perbezaannya dengan kelas pendidikan khas.
Sesi dua dan tiga diambil alih oleh
penceramah jemputan iaitu Pn Wan Nomi binti Wan Omar dimana isi – isi penting
beliau di dalam kedua-dua slot beliau ialah berkaitan perkongsian teknik
pengajaran murid masalah pembelajaran dan strategi – strategi pengurusan bilik
darjah inklusif. Beliau menunjukkan demo dan juga praktikal ringkas yang
sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas kepada para guru pelatih tentang
bagaimana rupa sebenar berhadapan dengan murid – murid berkeperluan khas ini
terutamanya kepada guru pelatih yang bukan opsyen pendidikan khas. Program ini
dilihat sebagai satu wadah yang baik untuk menyampaikan mesej dan juga input
yang berguna dan boleh diamalkan di sekolah kelak.
Bahan lampiran
2.
Senarai nama guru pelatih semester 7 IPG
Kampus Ilmu Khas.
Disediakan oleh,
( HAZIQ AMZAR BIN BASRI )
Monday, 19 January 2015
Bengkel Pendidikan Inklusif 2015
16:33
No comments
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Ilmu Pendidikan akan menganjurkan Bengkel Pendidikan Inklusif Pelajar Semester 7 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 Januari 2015
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Semua Pelajar Sem. 7 ( DIWAJIBKAN HADIR).
Sekian , terima kasih.
Monday, 12 January 2015
SELAMAT TAHUN BARU 2015
16:38
No comments
SEMALAM TELAH BERLALU
BERSAMA LEMBARAN SEJARAH SILAM
HARI INI AKU TERJAGA
MEMBAWA NUKILAN BARU........
GEMBIRA .....
SEDIH......
SAYU.......
AKAN BERULANG TIBA MASA TERTENTU
HARAPAN MENGGUNUNG 2015
MELAKAR CITA RASA
MENGAPAI CITA-CITA
TERGAPAI HUJUNG PELANGI....
BERSAMA RIA
DAN HARAPAN BERBARA.....





















