Sunday, 24 January 2016
INKUIRI SEJARAH
09:09
No comments
INKUIRI SEJARAH
(Oleh : Mohd On b Ahmad)
Di dalam bilik darjah, kaedah pengajaran sejarah diharapkan dapat meluaskan horizon intelektual, sosial, moral dan kerohanian murid-murid. Justeru kaedah itu perlulah menggalakkan murid berfikir, menyiasat, berbincang, menyelidik, mencungkil aspek-aspek yang tersirat dalam sejarah yang dipelajari. Pengetahuan sejarah perlulah dipelajari dengan menggunakan kaedah yang mencabar daya intelektual pelajar dan menggalakkan mereka berfikir, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cara menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan sejarah yang mereka pelajari.
Kebolehan intelektual seperti berhujah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah dapat dibentuk melalui pendidikan sejarah. Pengajaran sejarah yang berkesan melibatkan operasi mental yang aktif. Pemikiran bercorak induktif dan deduktif menggalakkan daya taakulan yang dapat mengembangkan pemikiran. Pemimpin-pemimpin yang baik dan mempunyai karisme yang tinggi mempunyai asas intelektual yang cemerlang dan mementingkan pemikiran sejarah dalam menentukan haluan pembangunan bangsa dan negara. (Abd. Rahim 1989)
Kaedah ini membolehkan pelajar mendapatkan jawapan dengan usaha sendiri. Kaedah ini menyediakan peluang bagi pelajar memperkembang aras kognitif yang tinggi seperti membuat analisis, sintesis dan penilaian. Pelajar juga boleh membuat andaian daripada data-data dengan pemikiran logikal sama ada induktif atau deduktif. Pembelajaran secara inkuiri juga menggalakkan pemikiran intuitif (Jaizah Mahamud, 2001)
Menurut Arends (1994) dalam bukunya Learning to Teach, pengajaran inkuiri dan pengajaran discovery (penemuan) digunakan untuk membantu pelajar belajar berfikir. Kaedah inkuiri-penemuan merupakan model dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam bidang sains sosial, khususnya dalam mata pelajaran sejarah. Ahli sejarah terkenal seperti Collingwood, Marwick dan Barraclough dalam penulisan mereka menekankan pentingnya penggunaan kaedah inkuiri-penemuan untuk mengembangkan berbagai-bagai kemahiran mempelajari sejarah. Melalui penggunaan kaedah ini ahli sejarah telah berjaya mencungkil, mengolah dan mengembangkan disiplin sejarah sebagai suatu disiplin yang lebih saintifik dan objektif (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1998).
Arends (1994) selanjutnya menjelaskan bahawa melalui pengajaran inkuiri pelajar akan mempelajari cara menjana idea melalui soalan-soalan, kemudian mendapatkan jawapan atau memecahkan masalah tentang perkara yang ingin diketahui. Akhirnya mereka membina idea atau teori sendiri berdasarkan penemuan baru yang diperoleh. Dalam proses penemuan itu pelajar memperoleh pengalaman dan keyakinan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan dan masalah-masalah yang mereka minati atau perkara yang perlu diselesaikan. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1998), kaedah inkuiri dalam pendidikan sejarah melibatkan kemahiran pemikiran aras tinggi (higher order thinking skills), iaitu perlu menguasai ilmu dengan menggunakan pemikiran, dapat memahami dan dapat mengaplikasikan pengetahuan sejarah kepada situasi baru. Dalam ertikata lain sejarah boleh digunakan sebagai satu rangka penyelesaian masalah.
Selanjutnya Arends (1994) menyatakan strategi pengajaran yang disebut sebagai kaedah dapatan, latihan inkuiri, atau pengajaran induktif telah lama dikenali. Kaedah-kaedah ini merupakan pengaruh daripada kaedah Socratic yang menekankan perbahasan secara induktif dan dialog dalam proses pengajaran yang dilabelkan sebagai ‘pemikiran reflektif’ oleh Dewey (1933). Bruner (1966) memberi penekanan pentingnya pembelajaran penemuan dan bagaimana guru boleh membantu pelajar menjadi ‘constructionist’ atau pembina pengetahuan sendiri.
Kaedah inkuiri juga memerlukan pelajar belajar melalui penyiasatan dan mengembangkan kemahiran menyelidik dan tidak menerima dan membuat sesuatu andaian atau hipotesis melulu tanpa asas inkuiri. Sifat kaedah sejarah yang amat berbeza daripada disiplin lain memerlukan pendekatan pengajaran-pembelajaran inkuiri dikembangkan kepada pelajar. Pendekatan ini juga boleh mendedahkan pelajar kepada sifat sejarah dan bukti-bukti sejarah yang difahami dengan lebih berkesan (Marwick, 1989). Pelajar akan dapat membina kuasa berfikir mereka dengan cara menyelidik dan mentafsir data dan fakta-fakta sejarah yang diperolehi. Dengan menggunakan fakta-fakta dan bukti-bukti sejarah, pelajar dapat menyokong hujah-hujah, membuat analisis, membuat interpretasi, membuat kesimpulan yang konkrit dan membuat perbandingan serta berkemampuan untuk menyangkal fakta-fakta sejarah yang tidak betul dan bersifat propaganda. Bagaimanapun pembelajaran sejarah yang terlampau terikat dengan buku teks menimbulkan kesulitan dari segi penggunaan kaedah inkuiri.
Kaedah inkuiri melibatkan aktiviti pembelajaran seperti membuat pemerhatian, penyiasatan, kerja lapangan, kajian bahan dokumen, artifek dan segala bentuk tinggalan sejarah yang mempunyai nilai-nilai sejarah yang penting. Guru sejarah yang terlatih dalam bidang ini perlu membimbing pelajar mengenai teknik dan cara menjalankan inkuiri supaya pembelajaran yang berkesan dapat dikembangkan kepada pelajar.
Inkuiri adalah proses mencari. Kaedah ini amat sesuai dalam pembelajaran sejarah, kerana ianya amat sesuai dengan sifat tabii belajar bagi membolehkan seseorang melakukan pencarian dan penemuan. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan pembelajaran reflektif yang boleh mencorakkan seseorang pelajar bersifat kritikal dan analitikal. Teknik penyoalan yang dapat digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran sejarah boleh meluaskan intelektual sebagai suatu inkuiri yang dapat menajamkan minda pelajar (Abd. Rahim, 1998).
Menurut Furet, (1983), oleh kerana Sejarah adalah satu ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari masa ke semasa, pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya memberi penekanan kepada proses penyiasatan dan penemuan. Sebolehnya guru harus mengelakkan penggunaan kaedah yang menuntut guru menyampaikan fakta sebanyak mungkin kepada pelajar.
Wednesday, 20 January 2016
Sejenak Bersama Pn. Che Mah Yusof
08:02
No comments
Tarikah 8 Januari 2016 menjadi nokhtah terakhir perkhidmatan Pn. Hjh. Che Mah Yusof bertugas di IPG Kampus Ilmu Khas dan JIP khususnya. Beliau telah bertugas di IPGKIK selama 13 tahun bermula pada Julai 2002 hingga 31 Disember 2015. Mulai 4 Januari 2016 beliau mula bertugas di IPG Kampus Bahasa Antara Bangsa. Sempena perpisahan ini beliau telah menaja jamuan makan tengahari untuk warga JIP. Sebagai tanda kasih mesra KJ JIP En. Mohd On Ahmad mewakili warga JIP telah menyampaikan cendrahati kepada yang diraikan. Terima kasih Pn Che Mah rentak tarimu di JIP menjadi kenangan sepanjang musim lalu. selamat Berbahagi di tempat baharu.
Peristiwa meniti Kehujung 2015
07:07
No comments
Pahit manis sembilu duka, sepanjang 2015 berlalu bersama senyuman kelmarin. Pelbagai aktiviti warga JIP tersurat menambah lembaran sejarah mencatat harumnya JIP. .......
"Klik pautan di bawah untuk laporan aktiviti 2015"
1. Pencapaian JIP
https://drive.google.com/open?id=0B_x_BjEbhPVrWFMtN3J1TWVBS2M
2. Aktiviti JIP
https://drive.google.com/open?id=0B_x_BjEbhPVrU1BvS2VGblRkdUE
"Klik pautan di bawah untuk laporan aktiviti 2015"
1. Pencapaian JIP
https://drive.google.com/open?id=0B_x_BjEbhPVrWFMtN3J1TWVBS2M
2. Aktiviti JIP
https://drive.google.com/open?id=0B_x_BjEbhPVrU1BvS2VGblRkdUE
Seketika Bersantai Warga JIP
06:54
No comments
Pada hari ini seperti tahun lepas warga JIP melupakan sejenak kesibukan di ruang kerja JIP dan kami berkunjung ke hotel Residence untuk menikmati makan tengahari. Sekali-sekala berkumpul secra santai sambil menikmati hidangan tengahari menambah kemesraan dan keakraban bagi warga JIP. Situasi seperti ini perlu diteruskan untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan warga JIP.
Detik meriah juga meraikan rakan JIP yang dijangkakan beralih angin ke distinasi baru. Warga JIP akan merindui Tn. Hj. Dr. Parwazalam bin Abdul Rauf dan Pn. Hjh. Che Mah bt. Yusof yang bakal berhijrah ke tempat baru. Kami mengirim salam semoga mereka beroleh kebahagiaan didistinisi pilihan masing-masing. - JIP terus akrab - .
Majlis Graduasi Murid Pra-Sekolah
00:43
No comments
Pada 9 Oktober 2015, majlis graduasi bagi pelajar-pelajar pra-sekolah telah diadakan di Dewan Dato' Razali Ismail. Majlis ini bertujuan untuk meraikan murid-murid pra-sekolah yang telah menamatkan persekolahan mereka diperingkat pendidikan prasekolah. Diharapkan dengan adanya majlis seperti ini menjadi ispirasi kepada murid-murid ini untuk meneruskan persekolahan diperingkat seterusnya. Pengarah IPGKIK Dr. Rodziah bt. Abdullah telah menyampaikan sijil-sijil dan cenderahati kepada murid-murid pra-sekolah yang diraikan. Pra-sekolah terus maju bestari...
Sukan Pra-Sekolah
00:34
No comments
Menjadi tradisi pra-sekolah Bestari IPG Kampus Ilmu Khas mengadakan sukan setiap hujung tahun persekolahan. Tahun ini pada 31 Oktober 2015 sukan pra-sekolah telah dijalankan di dalam Gimnasium di blok Pendidikan Jasmani. Sukan ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Dr. Rodziah bt. Abdullah.
Selamat Jalan En. Chew Chin Chong
00:11
No comments
Warga JIP mengucapkan selamat jalan kepada En. Chew Chin Chong untuk menyambung pengajian ke pringkat PhD mulai September 20015. JIP sangat berbangga dengan warganya yang merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat. Semoga ini dapat menjadi ispirasi kepada rakan-rakan di JIP dan pelajar-pelajar di IPG ini. Walaubagaimanapun JIP terasa kehilangan seorang warga yang sangat aktif, ceria dan mudah bekerjasama dalam JIP. Sebagai tanda kasih mesra KJ JIP En. Mohd On Ahmad mewakili warga JIP menyampaikan cendrahati. Kehadiran dan pemergian mu menjadi nukilan dalam lipatan sejarah jabatan ini. Selamat maju jaya.
Saturday, 2 January 2016
SEMINAR SERANTAU KE-6 PEDAGOGIK BERKUALITAS
23:33
No comments
Klik Pautan di bawah untuk lihat laporan seminar
https://drive.google.com/file/d/0B_x_BjEbhPVrUU1LeHlETTJaQWc/view?usp=sharing
GELERI SEKITAR SEMINAR DI BANDUNG
10:55
No comments
Klik pautan dibawag untuk geleri
https://picasaweb.google.com/105113166135136101246/January32016
https://picasaweb.google.com/105113166135136101246/January32016
























