Warga JIP Bersama-sama Pensyarah-Pensyarah Univesiti Pendidikan Indonesia(UPI)

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 6 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, 29 December 2015

SEMINARA ANTARABANGSA PEDAGOGIK ke-6: ( 15 - 18 September 2015 )


Pengembangan Pedagogik Dari Perspektif Pendidikan Abad 21 dan Kerjasama Komunitas Pendidikan Serantau telah dilaksanakan dengan lancar. Kerjasama kedua-dua pihak yang baik membolehkan seminar ini dapat dilaksanakan dengan penuh semangat ASEAN, mesra dan penuh dengan nilai intelektual. Matlamat seminar telah tercapai. 

Matlamat seminar ini lebih berfokus kepada;
i.   Mencipta budaya akademik dalan lingkungan kawasan serantau
ii.   Menyuburkan semangat silatulrahim akademik dalam komuniti kawasan serantau
iii. Membangunkan konuniti pendidik serantau dalam pelbagai bidang subpedagogik.        
Kemantapan dan kecemerlangan seminar ini dapat dilihat melalui ucaptama dan pembentangan kertas kerja.  Dalam seminar tiga hari ini 5 ucaptama telah disampaikan oleh tokoh-tokoh pendidikan dari negara-negara ASEAN. Antaranya Prof. Furqon (Rektor UPI) dengan tajuk “Peran Pedogogik Dalam Era Masyarakat Ekonomi Asean (MEA) 2015”, Lynne Hill (USAID) “USAID Contribution for Education in Indonesia”, Prof. Dr. H. Sunaryo Kartadinata (Ketua ISPI)   “Peran Pedagogi Dalam Pendidikan Guru”,  En. Mohd On Ahmad (Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) “ Cabaran dan Peluang Pendidikan Abad 21”, Dr. Ruslan (Direktur Jisda Colej Thailand) “Tantangan dan Peluang Pendidikan Abad 21 di Thailand Selatan, Dr. Y. Suyitno “Pedogogik Teoritis dan Praktis di Indonesia dan Prof Dr. Shaik Abdul Malik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.   Dalam sidang selari sebanyak 148 artikel telah dibentangkan dari pelbagai universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Fokus kertas kerja yang dibentangkan mencakupi pelbagai bidang pedagogik umum, etnopedagogi, pedagogik praktis, pedagogik kritis, pedagogik bahasa dan pedagogik sosial.
Melalui seminar ini telah menjadi satu lapangan ilmu bagi kedua-dua negara. Ini membolehkan para pengkaji melakukan perkongsian dan berkolaboratif hasil penyelidikan. Impak yang jelas seminar ini mampu membina rangkaian, perkongsian pengalaman dan mengenal pasti amalan pedagogi berkualiti. Pendedahan kepada elemen pendidikan bersifat sejagat dan universial seperti Pendidikan Kedamaian dan konsep warga dunia serta warga Asean. Dengan ini para peserta dan pembentang menyedari bahawa pendidikan yang bersikap setempat kurang sesuai diamalkan apatah lagi dalam era globalisasi.
Seminar ini akan dijadikan seminar tahunan yang akan diadakan secara timbal balik antara Universiti Pendidikan Indonesia dan IPG Kampus Ilmu Khas. Secara langsung dapat membangunkan budaya akademik dalam kalangan pensyarah serta mewujudkan kerjasama serantau dan antarabangsa.      IPG Kampus Ilmu Khas akan menjadi penganjur pada tahun 2017. Oleh itu perancangan awal perlu dilaksanakan mulai tahun 2016. Penubuhan “task force” adalah  perlu bagai merencana spesifikasi fungsi awal. Pengalaman penganjuran seminar yang lepas memberi satu kredit yang baik kepada AJK seminar yang akan ditubuhkan nanti.
Pengendalian majlis sepanjang seminar ini juga lancar termasuk bahagian akomodasi. Penginapan yang disediakan untuk delegasi dari Malaysia di Hotel Travello juga selesa. Para panatia dan ahli jawatankuasa seminar UPI memberi komitmen dan kerjasama yang sangat memuaskan.
Cadangan dan Penambahbaikan Pelaksanaan Seminar
i. Pakej Seminar
Adalah dicadangkan untuk seminar akan datang semua pembentang wajib mengambil pakej yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pembentang yang tidak bersetuju, penganjur berhak untuk menolak permohonannya. Prosedur ini perlu dilakukan bagi memudahkan segala urusan termasuk kewangan oleh penganjur. Di samping memberi keselesaan kepada pembentang sepanjang seminar dilaksanakan. Penganjur juga dicadangkan hanya memberi satu pakej sahaja yang merangkumi bayaran yuran seminar, prosiding, sijil pembentangan, penginapan dan makan minum sepanjang seminar.
ii. Kertas kerja
Penerimaan kertas kerja juga perlu dihadkan. Hanya kertas kerja yang menepati tema dan matlamat seminar sahaja yang diterima. Hanya satu penama sahaja yang akan dicadangkan untuk mendapat kelulusan KSU bagi setiap kertas kerja. Bilangan penulis kertas kerja perlu dihadkan kepada tiga orang sahaja.
iii. Kebenaran Menjalankan Tugas Rasmi
AJK Induk Seminar wajar mendapat kelulusan bertugas rasmi di luar negara oleh KSU. Amalan meminta AJK Induk Seminar memohon Cuti Rehat Khas  (CRK) dianggap kurang bijak. Dicadangkan juga hanya satu pembentang sahaja bagi setiap kertas kerja yang akan dicadangkan untuk mendapat kelulusan bertugas rasmi di luar negara.
iv. Logistik
Berlaku kekeliruan tentang maklumat penginapan disebabkan senarai terbaharu tidak digunakan. Kos tambahan terpaksa ditanggung oleh penganjur. Pengangkutan dari tempat penginapan ke tempat seminar tidak disediakan.  Mesyuarat penyelarasan sekurang-kurangnya 2 kali sebelum seminar bermula perlu diadakan bagi mengemaskini semua maklumat dan menyelaras semua tugas bagi  melicinkan pelaksanaan seminar.

v. Seminar Pedagogik Ke-8
Seminar kali ke-8 ini akan diadakan di Kuala Lumpur. IPG Kampus Ilmu Khas akan menjadi penganjurnya. Dicadangkan AJK Induk perlu ditubuhkan mulai tahun 2016. Lokasi pengelolaan seminar ini akan dibuat di hotel yang akan dipilih oleh AJK Induk.
vi. Komunikasi dan Siaraya
Perlu ada mekanisme bagi memberi menyampaikan maklumat tentang perubahan aturcara serta maklumat terkini semasa perjalanan seminar. Contoh pengembilan prosiding, sijil dan sebagainya. 
Kesimpulannya, kerjasama IPG Kampus Ilmu Khas dengan Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung ini perlu diperluas bukan sahaja  dalam penerbitan jurnal atau penganjuran seminar seperti ini tetapi juga dalam pertukaran pelajar, kolaborasi kepakaran dan penubuhan Majlis Permuafakatan Pendidikan Guru Tinggi  ASEAN.

Thursday, 12 March 2015

Jemputan Seminar Serantau Ke-6 Pedagogik Berkualitas Anjuran Bersama IPGKIK & UPI

Sukacita dimaklumkan Seminar Serantau Ke-6 Pedagogik Berkualitas Anjuran Bersama IPGKIK & UPI telah dibuka untuk penyertaaan.

Sila isi borang penyertaan dengan klik pada pautan ISI BORANG PENYERTAAN

Wednesday, 11 March 2015

Sepetang Bersama Pengarah

Jabatan Ilmu Pendidikan(JIP IPGKIK) telah mengadakan satu Program Sepetang Bersama Pengarah di Bilik Dahlia,JIP.

Sehubungan itu pihak Jabatan Ilmu Pendidikan merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian Pengarah untuk meluangkan masa mengunjungi JIP bersama KUKP ke JIP.

Kunjungan Pengarah dan KUKP ke JIP telah memberi motivasi kepada semua pensyarah JIP.

Terima Kasih Tuan Pengarah

Tuesday, 10 March 2015

Sambutan Tahun Baru Cina 2015 di Dewan Dato, Razali Ismail



JIP dengan  ikhlasnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang memberi sokongan penuh kepada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun ini.

JIP  juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Pengarah, Tn Timb Pengarah, KJ, KU, pensyarah, staf yang sudi meluangkan masa bersama pelajar kita. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan memeriankan lagi majlis tersebut

Dilampirkan beberapa gambar pada majlis tersebut sebagai satu kenangan manis.

Sekian, terima kasih.





Tuesday, 17 February 2015

5 S DI JABATAN ILMU PENDIDIKAN

5S DI JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Amalan 5S di Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP)

Kempen 5S telah bermula  sepanjang tahun 2014 hingga 2015. Usaha-usaha telah digerkan agar warga JIP peka dengan program 5S dan seterusnya mengamalkannya dalam melaksanakan tugas harian mereka. AJK5S mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga JIP kerana telah memberi kerjasama dengan begitu baik dalam melaksana dan mengamalkan 5S.  Semoga suasana ruang kerja menjadi lebih kondusif.

             Sebelum 








                Selepas




















Thursday, 12 February 2015

 TEMA
“ Pengembangan Pedagogik Dari Perspektif Pendidikan Abad-21 & Kerja Sama Komunitas Pendidik Serantau ”

Tempat:
Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung

Anjuran:
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur bersama Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung.

Latar Belakang Seminar (borang)borang
Seminar Serantau Ke-6 Pedagogik Berkualitas merupakan medan untuk para penyelidik dan pendidik membuat perkongsian hasil penyelidikan keperkembangan pedagogik dari perspektif pendidikan abad ke -21. Kerja sama IPGKIK dan UPI menganjurkan seminar ini adalah tepat  pada abad-21 kerana seminar ini dapat menjana pelbagai idea pedagogik yang berkualiti demi menangani cabaran-cabaran dalam pendidikan terutamanya aspek pedagogikal di samping meningkatkan kecemerlangan  pendidikan terutama dalam bidang pedagogik serantau.  

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila layarai : http://jipkhas.blogsport.com

Monday, 9 February 2015

LAWATAN PENGURUSAN BILIK DARJAH DI SK TASIK SELATN KEPERLUAN EDU 3043



Wednesday, 28 January 2015

BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF PELAJAR SEMESTER 7 TAHUN 2015

LAPORAN
 


BENGKEL PENDIDIKAN INKLUSIF
PELAJAR SEMESTER 7 TAHUN 2015
22 JANUARI 2015
ANJURAN:
JABATAN ILMU PENDIDIKAN, IPG KAMPUS ILMU KHAS
                     


Pengenalan

Bengkel Pendidikan Inklusif ini adalah bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para guru pelatih tahun akhir di IPG Kampus Ilmu Khas tentang perlaksanaan dan cara-cara menguruskan pendidikan inklusif di sekolah kelak. Hal ini selari dengan Bab 4 yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana menyatakan murid berkeperluan khas didaftarkan di dalam salah satu program pendidikan khas di sekolah iaitu program pendidikan inklusif iaitu mengintegrasi satu hingga lima murid bekeperluan khas di dalam kelas arus perdana.

Objektif
1.    Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru pelatih dalam menguruskan dan melaksanakan strategi PdP dalam bilik darjah inklusif.
2.    Memberikan kesedaran kepada para guru pelatih tentang hak sama rata rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan bekeperluan khas dalam mendapat peluang pendidikan.  
3.    Mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam kalangan guru pelatih dalam merancang penggunaan kaedah –kaedah yang sesuai untuk kelas inklusif.
4.    Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru pelatih dalam bidang pendidikan kelas inklusif di sekolah.

Maklamat Umum
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut butiran berikut :

Tarikh             : 22 Januari 2015
Tempat           : Dewan Dato’ Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Masa              : 8.30 pagi – 4.30 petang
Peserta          : 146 orang guru pelatih semester 7 dan semua pensyarah Jabatan   Ilmu Pendidikan
                         
Pengisian program

Program ini dilaksanakan sendiri oleh pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas dengan pertolongan penceramah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Wan Nomi binti Wan Omar yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan kelas inklusif di Malaysia. Program ini derasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas, Dr Roziah binti Abdullah di mana dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang pengertian kelas inklusif kepada para guru pelatih semester 7 yang hadir pada program tersebut.
Program diteruskan dengan pembentangan pengenalan dan penubuhan Kelas Inklusif yang mengikut dasar – dasar yang telah ditetapkan oleh UNESCO dan juga akta – akta lain yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu En Mohd On bin Ahmad. Sesi selama satu jam setengah tersebut dipenuhi dengan sesi soal jawab bersama peserta mengenai maksud kelas inklusif dan perbezaannya dengan kelas pendidikan khas.
Sesi dua dan tiga diambil alih oleh penceramah jemputan iaitu Pn Wan Nomi binti Wan Omar dimana isi – isi penting beliau di dalam kedua-dua slot beliau ialah berkaitan perkongsian teknik pengajaran murid masalah pembelajaran dan strategi – strategi pengurusan bilik darjah inklusif. Beliau menunjukkan demo dan juga praktikal ringkas yang sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas kepada para guru pelatih tentang bagaimana rupa sebenar berhadapan dengan murid – murid berkeperluan khas ini terutamanya kepada guru pelatih yang bukan opsyen pendidikan khas. Program ini dilihat sebagai satu wadah yang baik untuk menyampaikan mesej dan juga input yang berguna dan boleh diamalkan di sekolah kelak.

Bahan lampiran

1.    Gambar sepanjang program.



2.    Senarai nama guru pelatih semester 7 IPG Kampus Ilmu Khas.



Disediakan oleh,



( HAZIQ AMZAR BIN BASRI )

Monday, 19 January 2015

Bengkel Pendidikan Inklusif 2015


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Ilmu Pendidikan akan menganjurkan Bengkel Pendidikan Inklusif Pelajar Semester 7 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 Januari 2015
Hari     : Khamis
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail
Masa     : 8.30 pagi - 4.30 petang
Semua Pelajar Sem. 7 ( DIWAJIBKAN HADIR). 
Sekian , terima kasih.

Monday, 12 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

SEMALAM TELAH BERLALU
BERSAMA LEMBARAN SEJARAH SILAM
HARI INI AKU TERJAGA
MEMBAWA NUKILAN BARU........

GEMBIRA .....
SEDIH......
SAYU.......
AKAN BERULANG TIBA MASA TERTENTU

HARAPAN MENGGUNUNG 2015
MELAKAR CITA RASA
MENGAPAI CITA-CITA
TERGAPAI HUJUNG PELANGI....

BERSAMA RIA 
DAN HARAPAN BERBARA.....